Tuesday, 3 December 2013

Kenali Bandar Batu Pahat..

BATU PAHAT ialah sebuah kawasan pertanian yang terdiri daripada beberapa sembilan pekan kecil seperti YONG PENG, SERI MEDAN, PARIT SULONG, TONGKANG PECHAH, SERI GADING, PARIT RAJA, AYER HITAM, SENGGARANG, RENGIT dan TONGKANG PECHAH. Batu Pahat juga dikenali dgn nama lamanya Bandar Penggaram iaitu bersempena dengan aktiviti menggaram ikan.


Antara tempat-tempat yang menarik untuk dilawati:





Wet World Batu Pahat

Kalau nak cari tempat beriadah atau “main air” bolehlah berkunjung ke Wet World yang terletak Tasik Merdeka di Jalan Bukit Pasir.



Nasi Bariani

 Kalau nak makan nasi bariani di BP, biasanya org akan mencari Bariani Mat Shah di Gerai Makan Benteng, Peserai berhadapan dengan Hospital Pakar Putra  ataupun BP Bariani Power di Taman Soga berdekatan dengan  Hospital Sultanah Nora Ismail. Kalau nak makan nasi Arab ada di Restoran Madinat Hadramawt di Jln Bukit Pasir atau Istana Yemeni di Jalan Tg Labuh




Bagi yg gemarkan masakan mee cuba pekena Mee Bandung Odeon ataupun Mee Bandung Gerai Rakyat di Gerai Makan Benteng,Peserai

Kepada yg suka shopping, bolehlah membeli-belah di beberapa pasaraya seperti AEON Big,Summit Parade/UO, dan BP Mall.

Bagi penggemar asam pedas cuba rasa asam pedas Tepian Bindu, Ali/Yana Asam Pedas atau Asam Pedas Man Cathay yang terletak bersebelahan Pejabat Pos Batu Pahat ataupun Asam Pedas Belakang KFC Jln Rogayah.

Jika yang gemarkan sup, anda boleh nikmati sup di gerai Peladang di Pekan Tongkang Pechah. Ada juga sate dan soto yg sedap di gerai ini. Perniagaan bermula jam 5 ptg. "SUP SITAM POWER” pula dijual pada waktu malam  di BP Walk di Jalan Rahmat.


 Bagi yg suka ambil angin pada waktu malam, bolehlah berkunjung ke Dataran Penggaram setiap malam Sabtu dan Ahad. Anda boleh berehat sambil menikmati urut refleksologi dgn kadar yg murah iaitu rm25 sejam. BP Walk pula dibuka setiap hari mulai jam 6 petang -  jam 1 pagi pada hari biasa dan 3 pagi pada Jumaat dan Sabtu.

Barang-barang antik dan terpakai, boleh didapati seiap hari di Pasar Karat yang terletak di Jalan Fatimah pada waktu pagi sahaja. Kalau tak puas bolehlah ke Rengit dibuka mulai jam 12 tghr sehingga jam 1 pagi







2 comments:

  1. Jom. Pakak ramah2 gi homestaypakngah lias. Gi selalu. Ingat batu pahat ingat homestay pak ngah liah.

    ReplyDelete
  2. Best Baccarat in India - FEBCASINO.COM
    Best Baccarat Online Casinos - Find 바카라 사이트 the best online casino and play 제왕카지노 with the best odds! Discover the thrill of online choegocasino casino games, bonuses,

    ReplyDelete