Fuhh.. memang kelass asam pedas ikan merah ni. Kalau dah sampai BP (orang Johor tak sebut Batu Pahat tapi BP aje) tak sah kalau tak pekena asam pedas. Kat BP ni ada byk asam pedas yg boleh buat air liur cair. Yg paling dekat dengan Homestay Pak Ngah Lias ialah asam pedas gerai Tepian Bindu di Jalan Besar Tongkang Pechah-Pt Bilal berdekatan dengan simpang Kg Bindu. Rasa masam yg cukup rasa ditambah dengan ikannya yg segar, pasti buat anda berkunjung semula ke BP kerana teringatkan rasanya yg "kick" tu.
Jangan lupa cuba juga asam pedas yg sedap di perkampungan nelayan Sungai Ayam sebelah gate air (dulunya dikenali dgn nama Asam Pedas Anak Melaka di Sg Suloh), Asam Pedas Ali dan Asam Pedas Yana berdekatan Ambank Jalan Rugayah, atau Asam Pedas Odeon di Jalan Jenang
Inilah antara keseronokan yg ada di dusun Pak Ngah Lias. Jika bertepatan dengan musimnya, pengunjung boleh datang ke dusun dan menyentuh buah durian yang bergantungan di dahan yang rendah hampir mencecah tanah!
Kat dusun Pak Ngah Lias ni juga ada jeram kecil. Boleh la anak2 rasa nikmat mandi air bukit :)
Pengunjung juga boleh menikmati durian fresh dari dusun.. Ada macam-macam jenis. Musang King, Mas Johor, Durian Jantung, Durian Tembaga, Durian Terung pun ada. Tapi.. kalau nak banyak.. kenalah beli bawak balik. Harga memang special tak dapat kat tempat lain
Haaa.. yang ni Pulut Durian..
Kalau kena musim durian memang rezeki la..
Telur Pindang ni satu lagi trade mark org Johor. Telur ni biasanya dibuat masa kenduri kahwin. Kalau nak rasa boleh beli kat pasar pagi Pekan Air Hitam tempat jual tembikar. Telur Pindang ni dimasak dengan api yg perlahan antara 3-5 hari dengan campuran ramuan rempah ratus dan daun-daun herba
Nak sihat? Tukar je kpd Perghh Sweet
Gula rendah kalori Perghh Sweet
Amat sesuai untuk mereka yang inginkan kehidupan yg sihat.
Bagi yang dah ada penyakit kencing manis, jom tukar kpd Perghh Sweet.
Murah jer RM24 utk 50 hidangan